Proposal Perniagaan

April 20, 2010

Menulis proposal perniagaan ialah menulis perancangan perniagaan anda. Di sini tertulis perancangan dan juga strategi perniagaan, langkah memulakan perniagaan, perancangan kewangan, kajian untung rugi dan sebagainya lagi yang berkaitan dengan perniagaan anda. Antara proposal yang paling glamour ialah untuk menyiapkan thesis penyelidikan di tahun akhir pengajian dan proposal meminang:)

Menulis proposal perniagaan yang bakal dijalankan adalah langkah yang WAJIB dilakukan oleh setiap individu yang ingin memulakan sebarang bentuk perniagaan. Namun ramai di kalangan peniaga mengambil mudah berkenaan penyediaan proposal perniagaan. Malah ada yang hanya menulis proposal perniagaan jika ingin memohon pembiayaan perniagaan semata-mata..Ya proposal perniagaan memang penting bagi pembiaya pinjaman contohnya seperti Majlis Amanah Rakyat dan  Yayasan Tekun Nasional, namun PROPOSAL adalah lebih penting untuk diri peniaga itu sendiri bagi tujuan perancangan & muhasabah. Proposal  adalah tempat di mana idea perniagaan anda dicatit, mengkaji potensi perniagaan dan juga  menilai kelemahan dan peluang perniagan yang berkaitan…

Rancanglah perniagaan anda dengan menulis proosal perniagaan. Anda boleh dapatkan contoh proposal di sini. Tengok betapa pentingnya proposal perniagaan? Perniagaan proposal pun mendapat permintaan yang tinggi :) sebabnya semua akur dengan pepatah ni, “if you fail to plan, you plan to fail”

p/s : Perjalanan hidup saya dalam dunia perniagaan memang perancangan Allah s.w.t yang terbaik untuk diri saya dan keluarga. Kita merancang dan Allah juga punya perancangan yang terbaik untuk hamba-Nya. Biarpun bermula dengan perniagaan kecil-kecilan, namun matlamat yang jelas tidak akan memudarkan semangat saya. Saya tidak pernah menyesal tidak menjawat jawatan yang tinggi dalam pekerjaan walaupun punya kelayakan kerana saya mensasarkan kebebasan masa. Sentiasa berada di samping suami dan anak-anak, mendidik anak-anak dengan acuan yang tersendiri.

 


Langkah 1 menjalankan Perniagaan

April 19, 2010

Hari ini saya ingin kongsikan sesuatu mengenai perjalanan hidup saya dalam bidang yang paling diminati iaitu PERNIAGAAN…sebenarnya saya memulakan bisnes dengan MLM, bermacam-macam borang MLM yang diisi oleh saya. Anda juga mungkin pernah melakukan apa yang saya lakukan ini. Namun setelah dikaji dan muhasabah diri, saya dapati jiwa saya belum sesuai untuk berjaya dengan perniagaan MLM. Memang ramai yang boleh berjaya dalam bidang MLM, namun saya belum tergolong di kalangan mereka lagi. Jadi, saya terus jadi ahli yang tidak aktif, sekadar jadi ahli untuk beli barang pada harga ahli, bukan untuk mengembangkan bisnes :).

Saya juga ingin kongsikan pengalaman manis  saya semasa mula berjinak dalam bidang perniagaan. Kenangan terindah dan sangat bermakna iaitu semasa saya  berniaga sempena ekspo konvokesyen di Universiti tempat saya belajar dulu. Seminggu berniaga di EKSKUM pada tahun 2003, masa tu tahun saya konvo dan saya pula sedang meyambung pengajian peringkat sarjana semester pertama. Anda tahu tak sewa tapak konvo tu berapa?..cuba teka..hehe..RM1000 untuk 7 hari, mak ai..mahalnya, biasala student mana ada duit banyak..so, saya ambil keputusan untuk kongsi beramai-ramai. Selain dapat menjimatkan kos sewa, kami juga dapat menyusun jadual untuk bergilir-gilir menjaga ‘kedai’ kami tersebut. Setelah seminggu berniaga, apa yang kami dapat ialah PENGALAMAN yang sangat berharga. Tiada untung mahupun rugi :) namun pengalaman itulah yang terus memotivasikan saya sehingga hari ini.

Langkah pertama tersebut terus membuka mata saya bahawa PERANCANGAN & STRATEGI adalah kunci kejayaan dalam bidang perniagaan. Benarlah kata pepatah bahawa “A journey of a thousand miles starts with a single step”. Tindakan pertama yang dilakukan adalah merupakan usaha anda yang terpenting dalam mencapai kejayaan dalam menjalankan perniagaan. Anda juga mungkin boleh bermula dengan 5 langkah berikut jika ingin memulakan perniagaan yang anda minati. Perlu ingat yea bahawa setiap insan mempunyai kelebihan dalam bidang masing-masing, jadi jangan ikut orang lain. Pilih bidang anda sendiri, tepuk dada tanya iman :)

1.Mencatat IDEA perniagaan anda (klik untuk dapatkan contoh idea)

2.Berbincang mengenai  IDEA perniagaan anda dengan orang terdekat

3. Menulis proposal perniagaan anda

4. Mengkaji baik-buruk perniagaan pilihan anda

5. Mencari rakan niaga yang berkaitan

p/s : Saya memulakan perniagaan secara rasminya di Giant Mall  Kelana Jaya setelah mendapat kelulusan suami, iaitu selepas beliau membaca proposal perniagaan yang saya sediakan.


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.