Modal Perniagaan

April 21, 2010

Ramai yang berpendapat bahawa modal yang besar sangat diperlukan untuk memulakan perniagaan. sebenarnya pendapat ini tidak tepat sama sekali. Pada zaman kecanggihan teknologi dewasa ini, modal tidak lagi menjadi masalah. Apa yang penting adalah semangat yang kental untuk memulakan dan meneruskan perniagaan yang anda ingin jalankan. Di sini saya kongsikan 3 cara untuk memulakan perniagaan tanpa modal!!Sungguh mudah dan praktikal, apa yang penting adalah anda telah bersedia mental dan fizikal untuk memulakan perniagaan anda.

1. Consignment – Banyak diaplikasikan untuk perniagaan ‘offline’. Konsepnya meminjam  barangan/produk jualan daripada peniaga lain dan anda boleh memulangkan balik produk yang tidak terjual dalam tempoh tertentu. Namun kepercayaan peniaga terbabit perlu tinggi kepada diri anda. Biasanya khidmat consignment hanya diberikan kepada saudara/kenalan terdekat, namun jika anda boleh meyakinkan pemilik produk terbabit yang anda jujur orangnya, anda berkemungkinan besar mendapat khidmat consignment produk jualan terbabit. Contohnya jika anda ingin menjalankan perniagaan tudung sempena minggu keusahawanan di kolej anda, anda boleh mendapatkan tudung secara consignment dari peniaga tudung dan membayar nilai tudung yang dijual dan memulangkan balik baki tudung tersebut setelah seminggu anda berniaga.

2.Dropshipping –  Anda Mempromosikan produk  peniaga lain secara online atau offline dan peniaga terbabit menguruskan penghantaran produk bagi pihak anda. Kelebihannya, pelanggan anda membuat bayaran kepada anda dan anda cuma perlu membuat pembayaran kepada pemilik produk setelah bayaran komisen ditolak. Risiko anda adalah berkemungkinan peniaga terbabit tidak menghantar produk kepada pelanggan anda, jadi kredibiliti anda akan terjejas. Jadi anda perlu memilih peniaga yang terpilih sahaja.

3.Affiliate – Program affiliate diwujudkan oleh peniaga untuk meluaskan pasaran produk mereka dengan lebih meluas. Jadi mereka biasanya menyediakan bahan promosi tertentu untuk agen atau affiliater mempromosikan produk mereka dan membayar komisen dalam jumlah yang tertentu kepada affiliater yang berjaya membuat jualan. Program ini dikenali sebagai affiliate Pay Per Sale (PPS). Program affiliate merupakan perniagaan internet sebenar yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja dan hanya mengambil masa kurang lebih 5 minit sahaja untuk memulakannya. Tanpa modal dan tanpa produk, apa yang perlu anda lakukan ialah hanya PROMOSI . Anda hanya perlu mendaftar di bahagian ’affiliate’ dan akan mendapat referral website. Ia sangat mudah untuk disertai dan yang penting program ini adalah PERCUMA, tiada sebarang had penyertaan berapa program affiliate yang ingin anda sertai. Urusan pembelian dan pembayaran dibuat terus antara peniaga dan pembeli, anda hanya menjadi agen promosi. Biasanya produk digital banyak digunakan untuk program affiliate berbanding produk fizikal memandangkan nilai komisen yang lebih tinggi. Namun anda harus ingat bahawa biasanya untuk produk digital, seorang pelanggan hanya mendapatkan produk tersebut sekali sahaja namun pelanggan produk fizikal mungkin mendapatkan produk terbabit berkali-kali terutamanya bagi produk pemakanan.

 


Proposal Perniagaan

April 20, 2010

Menulis proposal perniagaan ialah menulis perancangan perniagaan anda. Di sini tertulis perancangan dan juga strategi perniagaan, langkah memulakan perniagaan, perancangan kewangan, kajian untung rugi dan sebagainya lagi yang berkaitan dengan perniagaan anda. Antara proposal yang paling glamour ialah untuk menyiapkan thesis penyelidikan di tahun akhir pengajian dan proposal meminang:)

Menulis proposal perniagaan yang bakal dijalankan adalah langkah yang WAJIB dilakukan oleh setiap individu yang ingin memulakan sebarang bentuk perniagaan. Namun ramai di kalangan peniaga mengambil mudah berkenaan penyediaan proposal perniagaan. Malah ada yang hanya menulis proposal perniagaan jika ingin memohon pembiayaan perniagaan semata-mata..Ya proposal perniagaan memang penting bagi pembiaya pinjaman contohnya seperti Majlis Amanah Rakyat dan  Yayasan Tekun Nasional, namun PROPOSAL adalah lebih penting untuk diri peniaga itu sendiri bagi tujuan perancangan & muhasabah. Proposal  adalah tempat di mana idea perniagaan anda dicatit, mengkaji potensi perniagaan dan juga  menilai kelemahan dan peluang perniagan yang berkaitan…

Rancanglah perniagaan anda dengan menulis proosal perniagaan.

“if you fail to plan, you plan to fail”


Langkah 1 menjalankan Perniagaan

April 19, 2010

Hari ini saya ingin kongsikan sesuatu mengenai perjalanan hidup saya dalam bidang yang paling diminati iaitu PERNIAGAAN…sebenarnya saya memulakan bisnes dengan MLM, bermacam-macam borang MLM yang diisi oleh saya. Anda juga mungkin pernah melakukan apa yang saya lakukan ini. Namun setelah dikaji dan muhasabah diri, saya dapati jiwa saya belum sesuai untuk berjaya dengan perniagaan MLM. Memang ramai yang boleh berjaya dalam bidang MLM, namun saya belum tergolong di kalangan mereka lagi. Jadi, saya terus jadi ahli yang tidak aktif, sekadar jadi ahli untuk beli barang pada harga ahli, bukan untuk mengembangkan bisnes :).

Saya juga ingin kongsikan pengalaman manis  saya semasa mula berjinak dalam bidang perniagaan. Kenangan terindah dan sangat bermakna iaitu semasa saya  berniaga sempena ekspo konvokesyen di Universiti tempat saya belajar dulu. Seminggu berniaga di EKSKUM pada tahun 2003, masa tu tahun saya konvo dan saya pula sedang meyambung pengajian peringkat sarjana semester pertama. Anda tahu tak sewa tapak konvo tu berapa?..cuba teka..hehe..RM1000 untuk 7 hari, mak ai..mahalnya, biasala student mana ada duit banyak..so, saya ambil keputusan untuk kongsi beramai-ramai. Selain dapat menjimatkan kos sewa, kami juga dapat menyusun jadual untuk bergilir-gilir menjaga ‘kedai’ kami tersebut. Setelah seminggu berniaga, apa yang kami dapat ialah PENGALAMAN yang sangat berharga. Tiada untung mahupun rugi :) namun pengalaman itulah yang terus memotivasikan saya sehingga hari ini.

Langkah pertama tersebut terus membuka mata saya bahawa PERANCANGAN & STRATEGI adalah kunci kejayaan dalam bidang perniagaan. Benarlah kata pepatah bahawa “A journey of a thousand miles starts with a single step”. Tindakan pertama yang dilakukan adalah merupakan usaha anda yang terpenting dalam mencapai kejayaan dalam menjalankan perniagaan. Anda juga mungkin boleh bermula dengan 5 langkah berikut jika ingin memulakan perniagaan yang anda minati. Perlu ingat yea bahawa setiap insan mempunyai kelebihan dalam bidang masing-masing, jadi jangan ikut orang lain. Pilih bidang anda sendiri, tepuk dada tanya iman :)

1.Mencatat IDEA perniagaan anda

2.Berbincang mengenai  IDEA perniagaan anda dengan orang terdekat

3. Menulis proposal perniagaan anda

4. Mengkaji baik-buruk perniagaan pilihan anda

5. Mencari rakan niaga yang berkaitan


Angan-angan vs Cita-cita

April 18, 2010

Orang  yang berjaya pada hari ini mungkin pernah berangan-angan untuk berjaya , namun cita-citanya hanya akan  tercapai  sekiranya dia berusaha ke arah menjayakan angan-angannya tersebut. Ini kerana angan-angan kosong tanpa usaha pasti tidak akan membuahkan hasil, ibaratkan cerita  mat jenin yang hampir terjatuh dari atas  pokok kelapa dek kerana terlalu asyik berangan-angan. Pada asasnya, angan-angan merupakan titik mula penetapan matlamat dalam kehidupan anda. Jika anda mengimpikan (berangan-angan) untuk mempunyai sebuah empayar perniagaan pada masa depan, anda perlu  memulakan LANGKAH PERTAMA dengan mendalami ilmu perniagaan dan seterusnya memulakan perniagaan anda. LANGKAH PERTAMA anda tersebut secara automatik akan mengarahkan angan-angan kepada cita-cita anda yang bakal dicapai.

P.s : Saya sentiasa berangan-angan agar dapat menjana pendapatan yang paling tinggi dengan melakukan kerja yang paling minima. Apa yang penting, walaupun kita tidak bekerja namun aliran wang tetap mengalir masuk :)


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.