Modal Perniagaan

Ramai yang berpendapat bahawa modal yang besar sangat diperlukan untuk memulakan perniagaan. sebenarnya pendapat ini tidak tepat sama sekali. Pada zaman kecanggihan teknologi dewasa ini, modal tidak lagi menjadi masalah. Apa yang penting adalah semangat yang kental untuk memulakan dan meneruskan perniagaan yang anda ingin jalankan. Di sini saya kongsikan 3 cara untuk memulakan perniagaan tanpa modal!!Sungguh mudah dan praktikal, apa yang penting adalah anda telah bersedia mental dan fizikal untuk memulakan perniagaan anda.

1. Consignment – Banyak diaplikasikan untuk perniagaan ‘offline’. Konsepnya meminjam  barangan/produk jualan daripada peniaga lain dan anda boleh memulangkan balik produk yang tidak terjual dalam tempoh tertentu. Namun kepercayaan peniaga terbabit perlu tinggi kepada diri anda. Biasanya khidmat consignment hanya diberikan kepada saudara/kenalan terdekat, namun jika anda boleh meyakinkan pemilik produk terbabit yang anda jujur orangnya, anda berkemungkinan besar mendapat khidmat consignment produk jualan terbabit. Contohnya jika anda ingin menjalankan perniagaan tudung sempena minggu keusahawanan di kolej anda, anda boleh mendapatkan tudung secara consignment dari peniaga tudung dan membayar nilai tudung yang dijual dan memulangkan balik baki tudung tersebut setelah seminggu anda berniaga.

2.Dropshipping –  Anda Mempromosikan produk  peniaga lain secara online atau offline dan peniaga terbabit menguruskan penghantaran produk bagi pihak anda. Kelebihannya, pelanggan anda membuat bayaran kepada anda dan anda cuma perlu membuat pembayaran kepada pemilik produk setelah bayaran komisen ditolak. Risiko anda adalah berkemungkinan peniaga terbabit tidak menghantar produk kepada pelanggan anda, jadi kredibiliti anda akan terjejas. Jadi anda perlu memilih peniaga yang terpilih sahaja.

3.Affiliate – Program affiliate diwujudkan oleh peniaga untuk meluaskan pasaran produk mereka dengan lebih meluas. Jadi mereka biasanya menyediakan bahan promosi tertentu untuk agen atau affiliater mempromosikan produk mereka dan membayar komisen dalam jumlah yang tertentu kepada affiliater yang berjaya membuat jualan. Program ini dikenali sebagai affiliate Pay Per Sale (PPS). Program affiliate merupakan perniagaan internet sebenar yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja dan hanya mengambil masa kurang lebih 5 minit sahaja untuk memulakannya. Tanpa modal dan tanpa produk, apa yang perlu anda lakukan ialah hanya PROMOSI . Anda hanya perlu mendaftar di bahagian ’affiliate’ dan akan mendapat referral website. Ia sangat mudah untuk disertai dan yang penting program ini adalah PERCUMA, tiada sebarang had penyertaan berapa program affiliate yang ingin anda sertai. Urusan pembelian dan pembayaran dibuat terus antara peniaga dan pembeli, anda hanya menjadi agen promosi. Biasanya produk digital banyak digunakan untuk program affiliate berbanding produk fizikal memandangkan nilai komisen yang lebih tinggi. Namun anda harus ingat bahawa biasanya untuk produk digital, seorang pelanggan hanya mendapatkan produk tersebut sekali sahaja namun pelanggan produk fizikal mungkin mendapatkan produk terbabit berkali-kali terutamanya bagi produk pemakanan.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: